As salam. Menyentuh soal senyuman, saya teringat akan peristiwa yang berlaku semasa saya sedang menuggu bas di Kolej Zaba. Ketika menunggu bas untuk ke kelas, saya terserempak dengan seorang pelajar perempuan yang saya sendiri tidak kenal. Namun demikian, saya tetap melemparkan senyuman kepadanya kerana telah bertentang mata dengannya. Malangnya senyuman saya hanya disambut dengan pandangan kosong dan tidak berbalas. Sakit juga hati saya ketika itu. Pada fikiran saya, susah sangatkah untuk membalas senyuman seseorang walaupun orang itu tidak kita kenal? Tapi saya cuba untuk brfikir secara positif, mungkin dia sedang stress atau mengalami ketegangan pada ketika itu yang turut mempengaruhi moodnya. Mungkinlah. Tapi bagi saya walau apa pun keadaan kita pada ketika itu, sekiranya ada seseorang yang berbuat kebaikan kepada kita seperti melemparkan sebuah senyuman, kita patut membalasnya walaupun mood kita tidak baik waktu itu kerana orang lain mungkin tidak faham keadaan kita pada masa itu dan sudah tentu kita disalah ertikan sebagai seorang yang sombong dan berlagak.Oleh itu, berikanlah senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. :)
Sunday, March 24, 2013
Sabah Tanah Airku
Baru-baru ini Malaysia khususnya negeri Sabah digemparkan dengan pencerobohan di Lahad Datu yang dilakukan oleh pengganas Sulu sejak 21 Februari 2013 yang lalu. Mereka ini mendakwa bahawa Sabah adalah hak milik mereka kerana Sabah dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu sebelum menyertai Malaysia pada tahun 1969.
Akibat daripada pencerobohan ini, ramai yang menjadi korban termasuklah orang awam dan pegawai polis serta anggota tentera Malaysia. Aktiviti penduduk terjejas kerana risau akan serangan pengganas sehingga mereka tidak berani keluar rumah untuk melakukan aktiviti seharian mereka. Pencerobohan ini tidak hanya dilakukan di Lahad Datu malah berlaku juga di Semporna Sabah.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa peperangan hanya membawa kepada kemusnahan dan mengancam nyawa manusia terutamanya penduduk tempatan yang tidak bersalah. Selain itu, peperangan juga hanya menyebabkan aktiviti seharian penduduk terjejas sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mencari rezeki dan hidup dalam ketakutan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan Sabah dan rakyatnya. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat dan kembali pulih seperti sedia kala. Sabah Tanah Airku. :)
Friday, March 22, 2013
Bahasa Alien
Apakah yang saya maksudkan dengan bahasa alien? Setiap daripada kita mesti mempunyai akaun facebook, twitter dan teknologi-teknologi yang lain. Setiap hari pasti ada sahaja status yang ditulis di facebook, twitter dan sebagainya. Pelbagai situasi yang dapat kita lihat dalam pos-pos mereka. Ada yang melahirkan rasa marah, gembira, kecewa, sedih dan macam-macam lagi ragam manusia yang dapat kita lihat.
Namun, perkara yang paling menyedihkan adalah apabila mereka menggunakan bahasa yang tidak pernah wujud dalam bahasa Melayu seperti 'kita' menjadi 'tittew', 'sayang' menjadi 'cayunk', dan banyak macam lagi la. Inilah yang saya katakan sebagai bahasa alien. Mereka yang menulis menggunakan bahasa alien ini kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah. Fenomena ini jika tidak dibendung boleh menjadi faktor merosotnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat teruatamanya pelajar.
Pertandingan Pidato Aantarabangsa
Baru-baru ini satu pertandingan Pidato Antarabangsa bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) telah diadakan di PICC, Putrajaya, Kuala Lumpur yang melibatkan peserta-peserta dari negara Malaysia sendiri dan turut disertai oleh peserta dari pelbagai negara di dunia seperti Indonesia, Amerika Syarikat, China, Thailand, England, Jerman dan sebagainya. Terdapat 12 tajuk pidato yang bertemakan negara yang boleh dipilih oleh setiap peserta untuk diperkatakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kategori antarabangsa dan kategori nusantara.
Saya amat kagum dengan kehebatan peserta-peserta PABM ini kerana walaupun mereka bukan berasal daripada keturunan melayu, namun masih boleh bertutur dan berhujah dalama bahasa melayu yang baku dan jelas. Penyampaian mereka berkaitan tajuk yang diperkatakan juga amat padat, jelas dan berkesan. Jika tidak melihat kepada rupa mereka, sudah tentu semua orang akan berfikir bahawa mereka merupakan orang melayu jati yang tinggal di Malaysia. PABM ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ketinggiannya yang tersendiri sehingga ramai pelajar-pelajar dari luar negara ingin mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan ada yang sanggup datang ke universiti-universiti tempatan untuk mempelajari sendiri bahasa Melayu di Malaysia atau di Indonesia.
Sesungguhnya, PABM ini merupakan salah satu wadah untuk meningkatkan lagi martabat bahasa Melayu di mata dunia agar orang luar lebih berminat untuk mendalami bahasa Melayu kerana bahasa Melayu mempunyai keunikan dan keindahan bahasanya yang tersendiri. :)
Wednesday, March 20, 2013
Hari Pertama di Tanjung malim
Saya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang datang dari Sandakan Sabah. Masih segar di ingatan ketika pertama kali saya menjejakkan kaki di sini, bertemu dengan rakan-rakan baharu yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia. Semestinya setiap daripada kami datang dengaan budaya dan bahasa yang berbeza-beza. Hari pertama sesi kuliah saya berkenalan dengan seorang rakan yang berasal dari Pahang. Alhamdulillah walaupun kami datang dari negeri yang berbeza namun kami dapat berkomunikasi dengan baik dan masih berkawan sehinggalah ke hari ini. Begitu juga dengan rakan sebilik saya yang berasal dari utara, iaitu Kedah. Pada awalnya saya agak kurang memahami bahasa yang digunakannya kerana dia menggunakan loghat Kedah yang agak pelat ketika berkomunikasi. Namun saya banyakkan bertanya dengannya dan akhirnya kami dapat mencipta komunikasi yang berkesan. Melaluinya, saya banyak belajar bahasa orang utara yang memang tidak pernah saya ketahu sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua yang sentiasa mengajarkan saya bahasa yang baharu. :)
Monday, March 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)