Baru-baru ini satu pertandingan Pidato Antarabangsa bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) telah diadakan di PICC, Putrajaya, Kuala Lumpur yang melibatkan peserta-peserta dari negara Malaysia sendiri dan turut disertai oleh peserta dari pelbagai negara di dunia seperti Indonesia, Amerika Syarikat, China, Thailand, England, Jerman dan sebagainya. Terdapat 12 tajuk pidato yang bertemakan negara yang boleh dipilih oleh setiap peserta untuk diperkatakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kategori antarabangsa dan kategori nusantara.
Saya amat kagum dengan kehebatan peserta-peserta PABM ini kerana walaupun mereka bukan berasal daripada keturunan melayu, namun masih boleh bertutur dan berhujah dalama bahasa melayu yang baku dan jelas. Penyampaian mereka berkaitan tajuk yang diperkatakan juga amat padat, jelas dan berkesan. Jika tidak melihat kepada rupa mereka, sudah tentu semua orang akan berfikir bahawa mereka merupakan orang melayu jati yang tinggal di Malaysia. PABM ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ketinggiannya yang tersendiri sehingga ramai pelajar-pelajar dari luar negara ingin mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan ada yang sanggup datang ke universiti-universiti tempatan untuk mempelajari sendiri bahasa Melayu di Malaysia atau di Indonesia.
Sesungguhnya, PABM ini merupakan salah satu wadah untuk meningkatkan lagi martabat bahasa Melayu di mata dunia agar orang luar lebih berminat untuk mendalami bahasa Melayu kerana bahasa Melayu mempunyai keunikan dan keindahan bahasanya yang tersendiri. :)
No comments:
Post a Comment