Baru-baru ini Malaysia khususnya negeri Sabah digemparkan dengan pencerobohan di Lahad Datu yang dilakukan oleh pengganas Sulu sejak 21 Februari 2013 yang lalu. Mereka ini mendakwa bahawa Sabah adalah hak milik mereka kerana Sabah dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu sebelum menyertai Malaysia pada tahun 1969.
Akibat daripada pencerobohan ini, ramai yang menjadi korban termasuklah orang awam dan pegawai polis serta anggota tentera Malaysia. Aktiviti penduduk terjejas kerana risau akan serangan pengganas sehingga mereka tidak berani keluar rumah untuk melakukan aktiviti seharian mereka. Pencerobohan ini tidak hanya dilakukan di Lahad Datu malah berlaku juga di Semporna Sabah.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa peperangan hanya membawa kepada kemusnahan dan mengancam nyawa manusia terutamanya penduduk tempatan yang tidak bersalah. Selain itu, peperangan juga hanya menyebabkan aktiviti seharian penduduk terjejas sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mencari rezeki dan hidup dalam ketakutan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan Sabah dan rakyatnya. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat dan kembali pulih seperti sedia kala. Sabah Tanah Airku. :)
No comments:
Post a Comment