Sunday, March 24, 2013

Senyum itu Sedekah

    As salam. Menyentuh soal senyuman, saya teringat akan peristiwa yang berlaku semasa saya sedang menuggu bas di Kolej Zaba. Ketika menunggu bas untuk ke kelas, saya terserempak dengan seorang pelajar perempuan yang saya sendiri tidak kenal. Namun demikian, saya tetap melemparkan senyuman kepadanya kerana telah bertentang mata dengannya. Malangnya senyuman saya hanya disambut dengan pandangan kosong dan tidak berbalas. Sakit juga hati saya ketika itu. Pada fikiran saya, susah sangatkah untuk membalas senyuman seseorang walaupun orang itu tidak kita kenal? Tapi saya cuba untuk  brfikir secara positif, mungkin dia sedang stress atau mengalami ketegangan pada ketika itu yang turut mempengaruhi moodnya. Mungkinlah. Tapi bagi saya walau apa pun keadaan kita pada ketika itu, sekiranya ada seseorang yang berbuat kebaikan kepada kita seperti melemparkan sebuah senyuman, kita patut membalasnya walaupun mood kita tidak baik waktu itu kerana orang lain mungkin tidak faham keadaan kita pada masa itu dan sudah tentu kita disalah ertikan sebagai seorang yang sombong dan berlagak.Oleh itu, berikanlah senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. :)


No comments:

Post a Comment