Pada hari Selasa yang lepas, saya balik agak lewat ke kolej kerana kelas sehingga jam 7 petang dan singgah makan di restoran dpan kampus. Ketika menunggu bas kolej, terdapat satu insiden yang menarik perhatian saya di stesen bas, iaitu di mana terdapat seorang pelajar perempuan yang saya lihat bergegas untuk mengejar bas kolejnya ynag baharu saja sampai di stesen bas. Kebetulan ketika dia sampai, pintu bas telah pun ditutup. Namun, apabila pelajar itu sampai di hadapan pintu bas, bas itu terus berlalu pergi. Jika pemandu bas itu tidak melihat pelajar tersebut, amatlah tidak logik kerana pelajar itu berada di hadapan pintu bas dan sebelum itu dia telah pun memberi isyarat kepada pemandu bas itu supaya menunggunya. Akibatnya, dia terpaksa menunggu bas yang sampai sejam kemudian.
Apa yang saya boleh katakan melalui insiden ini, pemandu bas itu tidak sepatutnya berkelakuan demikian kepada pelajar tersebut walaupun pelajar itu agak lambat menaiki bas tersebut. Pemandu itu juga sepatutnya faham yang semua pelajar sudah tentu ingin pulang ke kolej dengan segera kerana hari telah lewat malam apatah lagi dengan perjalanan bas yang agak lewat pada waktu malam. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment