Thursday, April 11, 2013

Bahasa Rojak


       Isu bahasa rojak bukanlah isu yang baharu dalam masalah bahasa Melayu. Terdapat pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Namun, penggunaan bahasa rojak masih berleluasa dan menjadi trend pada masa ini. Penggunaan bahasa rojak bukan sahaja digunakan dalam perbualan seharian tetapi juga digunakan untuk mengemaskini status di Facebook mahupun Twitter. Penggunaan bahasa rojak ini amat digemari oleh pengguna laman sosial terutamanya golongan remaja dan para pelajar sendiri.

       Antara keburukan yang paling utama yang saya dapat lihat melalui penggunaan bahasa rojak adalah dalam kalangan pelajar sendiri di mana pelajar mengaplikasikan bahasa rojak dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam karangan bahasa Melayu dan kadang-kadang juga diaplikasikan dalam karangan bahasa Inggeris. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat dalam bahasa Melayu. Jika pelajar tidak mempunyai kesedaran mengenai masalah ini sudah tentu akan merosakkan kedaulatan bahasa Melayu.
         

No comments:

Post a Comment