Seperti biasa setiap Sabtu, pasar malam akan dibuka di Tanjung Malim dan seperti biasa juga sudah tentu ramai orang yang mengunjungi pasar malam terutama sekali pelajar-pelajar UPSI. Dalam keramaian orang di pasar malam itu, ada sesuatu kejadian yang agak mengejutkan semua orang di situ. Ada seorang peminta sedekah yang sedang berjalan dan secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki dalam usia lingkungan 30-an yang sedang berjalan dan juga sambil minum. Akibatnya, minuman lelaki tersebut tertumpah ke jalan raya.
Lelaki itu sangat marah dan bertindak memarahi dan memaki hamun peminta sedekah tersebut di hadapan khalayak ramai sedangkan peminta sedekah itu telah meminta maaf berkali-kali kepada lelaki tersebut namun tidak diendahkannya. Ramai yang berasa kasihan dengan peminta sedekah itu kerana dimarahi dengan teruk walaupun telah meminta maaf. Peminta sedekah itu hanya tunduk apabila dimarahi. Setelah puas melepaskan kemarahan, barulah lelaki itu berlalu pergi tanpa sedikit pun perasanb kasihan kerana telah berkasar dengan peminta sedekah itu.
Pada hemat saya, jika perkara itu terjadi kepada saya, insyaAllah saya akan memaafkan saja peminta sedekah itu dan membiarkan perkara itu tanpa perlu memarahinya kerana tahu dia tidak sengaja dan tidak berniat untuk berbuat sedimikian. Tidak salah jika kita sebagai manusia saling memaafkan dan bertolak ansur antara satu sama lain dan tidak perlulah memalukan orang lain di hadapan orang ramai walaupun statusnya lebih rendah. :)

No comments:
Post a Comment