Saya
telah membaca majalah lawak antarabangsa iaitu “majalah ujang” keluaran
september 2012. Majalah ini banyak mengandungi unsur-unsur humour ataupun
jenaka dan pembaca yang membaca akan ketawa tidak kering gusi. Terdapat juga
pembaca yang ketawa sendiri apabila membaca dan orang yang melihatnya akan
ingat pembaca itu gila. Majalah ini banyak mempamerkan kisah-kisah yang berlaku
dalam kehidupan kita dan terdapatnya bahagian ilmu pengetahuan. Antaranya,
bangunan paling luas di dunia, 7 konsep taman bunga paling indah di dunia dan
teka silang kata.
Dalam
majalah
ini terdapat juga beberapa kesalalahan bahasa seperti penggunaan bahasa
slanga iaitu “relax bro”, “pehal nie” dan “hambik kau”. Selain itu
penggunaan
singkatan perkataan seperti “kat”, “tau”, “takde” dan “ko”. Kesalahan
ejaan
juga ada terdapat dalam majalah ini iaitu “kawin”, “ilang” dan “bizi”.
Kata ganti
diri yang digunakan juga bersifat agak kasar seperti “woi”, “diorang”,
“wey”
dan “hoi”. Terdapat juga penggunaan bahasa inggeris seperti “try testing
skill”,
“free style” dan “racing block”.
Bahas
Melayu secara keseluruhannya sepatutnya digunakan di dalam majalah ujang ini
bagi mempuk minat pembaca terhadap bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment